700 pelajar politeknik sertai latihan ketenteraan intensif

SABAK BERNAM – Malaysia Polytechnics Territorial Army Annual Camp (MALPTAAC) Siri 16/2025 secara rasmi membuka tirainya hari ini berjaya menghimpunkan lebih 700 pelajar dari 17 politeknik seluruh negara.

Program anjuran Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dengan kerjasama Bahagian Pasukan Simpanan (BPS), Markas Tentera Darat dan PSIS selaku pengelola ini turut mendapat sokongan daripada 12 Rejimen Siri 500 Askar Wataniah. Program berlangsung dari 10 hingga 24 Julai 2025.

Menurut pihak penganjur, penglibatan dalam aktiviti sedemikian bukan sahaja membentuk daya tahan dan kepimpinan dalam kalangan pelajar, malah mengukuhkan semangat patriotik dan nilai kerjasama, sekali gus menyokong agenda pembangunan modal insan negara.

\”MALPTAAC juga dilihat sebagai platform strategik bagi memperkukuh hubungan antara institusi pendidikan tinggi dan Angkatan Tentera Malaysia, di samping memperkenalkan elemen pertahanan dalam pendidikan TVET sebagai nilai tambah kepada para pelajar,\” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

MALPTAAC Siri 16/2025 bakal menjadi medan membina sahsiah unggul dan semangat kesukarelawanan dalam kalangan mahasiswa TVET, selaras dengan matlamat memperkasa pertahanan negara menerusi penglibatan belia dalam Pasukan Simpanan Askar Wataniah.

Majlis disempurnakan Pengarah Kanan Akademik, JPPKK, Dr. Haji Mohd Daud Isa Bersama Ketua Pengarah Bahagian Pasukan Simpanan, Markas Tentera Darat, Brigedier Jeneral Sani S Omar.

Pelaksanaan MALPTAAC ini sejajar dengan aspirasi Dasar TVET Negara 2030 dalam melahirkan graduan TVET yang holistik, berkemahiran tinggi, berdisiplin dan patriotik. Ia juga memperkukuh pembangunan kemahiran insaniah dan ketahanan mental serta fizikal melalui modul latihan ketenteraan berstruktur.

Sepanjang kem berlangsung, peserta akan menjalani pelbagai aktiviti mencabar seperti Ujian Jalan Laju (UJL) sejauh lima kilometer, pandu arah, pertandingan menembak, acara multi relay, pertandingan sukan, kelas operasi dalam kawasan terbina (OBUA), serta pelaksanaan Program Jiwa Murni Madani yang memberi manfaat kepada komuniti sekitar.

BACA JUGA:  Syafiqah & Zurain bukti pelajar politeknik mampu berjaya hingga peringkat antarabangsa
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...