DinFei mara ke pusingan kedua di Kejohanan Badminton Terbuka Jepun

KONGSI

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani memulakan kempen mereka dalam Kejohanan Badminton Terbuka Jepun dengan langkah bergaya apabila mara ke pusingan kedua selepas menewaskan pasangan Kanada, Kevin Lee-Ty Alexander Lindeman.

Dalam aksi pusingan pertama yang berlangsung di Gimnasium Tokyo Metropolitan sebentar tadi, pasangan No.1 dunia itu tidak berdepan banyak cabaran sebelum mencatat kemenangan straight set 21-13, 21-15.

Dengan status sebagai pilihan utama kejohanan, gandingan yang dikenali sebagai DinFei itu mempamerkan permainan kemas dan bertenaga tanpa sebarang tekanan ketika menentang pasangan di ranking ke-65 dunia.

ARTIKEL BERKAITAN