Mas Fawzi dilantik Naib Canselor UTHM baharu

KUALA LUMPUR – Penolong Naib Canselor (Strategik dan Kualiti), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Prof. Dr. Mas Fawzi Mohd Ali hari ini dilantik sebagai Naib Canselor baharu universiti tersebut, berkuat kuasa serta-merta.

Menurut kenyataan rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), pelantikan Prof. Dr. Mas Fawzi sebagai Naib Canselor kelima UTHM adalah untuk tempoh dua tahun, menggantikan Dato’ Prof. Ir. Ts. Dr. Ruzairi Abdul Rahim.

“Berusia 51 tahun, beliau mempunyai kepakaran dalam bidang kejuruteraan mekanikal dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sistem Elektromekanikal dari University of Manchester Institute Science and Technology, United Kingdom (1997), Ijazah Sarjana Kejuruteraan Mekanikal (Penyelidikan) dari Universiti Teknologi Malaysia (2007), serta Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Kejuruteraan Alam Sekitar Hidupan dan Bumi dari University of Tokushima, Jepun (2009),” kata KPT.

Tambah kenyataan itu lagi, Prof. Dr. Mas Fawzi juga berpengalaman luas dalam tadbir urus universiti dan pernah menyandang pelbagai jawatan penting termasuk Timbalan Dekan, Pengarah Pejabat Perancangan Strategik dan Pengurusan Risiko serta Penolong Naib Canselor dalam pelbagai portfolio sebelum ini.

Sebelum menyertai dunia akademik, beliau juga pernah berkhidmat dalam sektor industri sebagai Jurutera Kalibrasi di Samsung Electronics Display Sdn. Bhd. dan Jurutera Industri di Sharp-Roxy Electronics Sdn. Bhd.

“Kementerian yakin kombinasi pengalaman industri dan pentadbiran yang dimiliki beliau bakal memacu kecemerlangan UTHM ke arah menjadi pusat ilmu yang unggul, inovatif dan relevan dengan keperluan masa kini,” jelas kenyataan itu.

Dalam masa sama, KPT turut merakamkan penghargaan kepada mantan Naib Canselor, Dato’ Prof. Ir. Ts. Dr. Ruzairi Abdul Rahim atas sumbangan beliau dalam memimpin UTHM sebelum ini.

BACA JUGA:  Ibu pelatih PALAPES tuntut siasatan semula, sedia kubur anak digali
Nurazmin Afza
Nurazmin Afza
azminafza@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...