“Bila mengadu cermin pecah sebab ayam, tiada siapa yang mahu percaya,” tulis pemilik akaun itu dalam kapsyen video yang dimuat naik.
Rakaman menunjukkan ayam tersebut terbang dari sisi jalan dan menghentam terus ke arah cermin hadapan kereta, menyebabkan keretakan jelas kelihatan serta serpihan cermin bertaburan.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen berkongsi pengalaman hampir sama, malah ada yang meluahkan simpati terhadap kejadian tersebut sambil menyelitkan jenaka mengenai ‘perangai’ haiwan jalanan.
“Kenapa orang ingat ayam baik ya? Saya pernah kemalangan naik motor sebab ayam masuk ke celah tayar. Beritahu mak ayah, mereka salahkan saya sebab tuduh ayam,” komen seorang pengguna Tiktok, @Hadi.
“Ayam dan kucing memang dua spesis yang suka ganggu, masa kita dah dekat baru nak lintas, lepas kita lintas dia patah balik pula,” komen @Meera.
“Macam mana nak buat tuntutan insurans tu? Ayam tu pun dah mati,” tambah @Asyue.
Insiden ini sekali lagi membuka perbincangan tentang keselamatan jalan raya yang bukan hanya melibatkan kenderaan, malah haiwan-haiwan peliharaan atau liar yang berkeliaran tanpa pengawasan. – MYBERITA








