Jumaat | 18/09/2026 | 1:07:14 am
HomeBisnesPerkhidmatan Maybank bakal tergendala Sabtu ini, penyelenggaraan sistem

Perkhidmatan Maybank bakal tergendala Sabtu ini, penyelenggaraan sistem

KUALA LUMPUR – Beberapa perkhidmatan Malayan Banking Berhad (Maybank) akan mengalami gangguan sementara pada Sabtu ini, 20 Julai, susulan kerja penyelenggaraan sistem yang dijadualkan berlangsung antara pukul 3 pagi hingga 8 pagi.

RINGKASAN BERITA
  • Dalam satu kenyataan, Maybank memaklumkan bahawa perkhidmatan seperti DuitNow, JomPAY, FPX serta transaksi melalui laman web Maybank2u, aplikasi MAE dan Maybank2u Biz tidak dapat…
  • Selain itu, semua mesin pengeluaran automatik (ATM) Maybank juga akan tergendala bermula tengah malam hingga pukul 8 pagi pada hari sama.
  • Pelanggan yang memerlukan bantuan lanjut dinasihatkan menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Maybank di talian 1-300-88-6688 atau +603-7844 3696 (untuk panggilan luar negara).
Ringkasan automatik berdasarkan laporan MYBERITA.

Dalam satu kenyataan, Maybank memaklumkan bahawa perkhidmatan seperti DuitNow, JomPAY, FPX serta transaksi melalui laman web Maybank2u, aplikasi MAE dan Maybank2u Biz tidak dapat diakses sepanjang tempoh tersebut.

Selain itu, semua mesin pengeluaran automatik (ATM) Maybank juga akan tergendala bermula tengah malam hingga pukul 8 pagi pada hari sama.

“Penyelenggaraan ini dilakukan semasa waktu aktiviti rendah bagi mengurangkan sebarang kesulitan kepada pelanggan. Kami menyarankan pelanggan untuk merancang urusan penting lebih awal,” kata pihak bank dalam kenyataan itu.

Pelanggan yang memerlukan bantuan lanjut dinasihatkan menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Maybank di talian 1-300-88-6688 atau +603-7844 3696 (untuk panggilan luar negara).

Ashrul Aizad
Ashrul Aizad
Wartawan MYBERITA yang membuat liputan berita semasa, isu nasional dan perkembangan terkini dalam negara.
RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Jumaat, 18 September 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
TERKINI
Baru sahaja
|