Mesyuarat Majlis Raja-Raja, isu pengharaman vape, keselamatan dan kehakiman jadi tumpuan

KUALA LUMPUR — Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-269 yang berlangsung hari ini di Istana Negara menyaksikan Raja-Raja Melayu berhimpun bagi membincangkan pelbagai isu penting negara melibatkan aspek keselamatan, kehakiman dan hal ehwal agama.

Mesyuarat berkenaan dipengerusikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, dengan kehadiran semua Raja Pemerintah negeri serta wakil-wakil Raja yang lain.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad dalam kenyataan memaklumkan, Majlis telah disembahkan taklimat situasi keselamatan semasa negara oleh Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, manakala taklimat mengenai pertahanan negara telah dikemukakan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar.

Selain itu, mesyuarat turut meneliti pelbagai pelantikan penting dalam institusi kehakiman, termasuk pelantikan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi, selain pelantikan Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Besar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak.

“Majlis juga mengambil maklum cadangan untuk mengharamkan sepenuhnya penjualan dan penggunaan vape atau rokok elektronik di seluruh negara,” jelas Syed Danial.

Turut dibentangkan dalam mesyuarat itu ialah Pandangan Hukum daripada Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke-126 dan 127, serta Resolusi Mesyuarat Khas Muzakarah MKI Tahun 2025.

Dalam perkembangan lain, Majlis turut diberi maklum mengenai keperluan mendaftar perkahwinan melibatkan pelarian dan pemohon suaka di Malaysia, selain cadangan dasar berkaitan pengurusan harta yang disita dan dilucut hak secara berpusat sebagaimana diputuskan Jemaah Menteri.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pramesyuarat Majlis Raja-Raja ke-269 yang turut diadakan di Istana Negara.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja ini lazimnya diadakan bagi membincangkan hal ehwal berkepentingan nasional secara bersama, khususnya yang melibatkan kuasa-kuasa di bawah Perlembagaan Persekutuan.

BACA JUGA:  Pempengaruh TikTok didenda RM1,800, berpakaian wanita di tempat awam
Aqilah Nadhirah
Aqilah Nadhirah
aqilahnadhirah@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...