Soon Huat-Shevon wakil pertama Malaysia ke suku akhir Terbuka Jepun

KONGSI

– Beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai hanya mengambil masa 32 minit untuk mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Jepun 2025 selepas menundukkan lawan dari Singapura dalam pusingan kedua hari ini.

Pasangan suami isteri itu menepati ramalan apabila mudah menewaskan Hee Yong Kai-Jin Yu Jia dengan kemenangan straight set 21-14, 21-17 dalam aksi yang berlangsung di Gimnasium Metropolitan Tokyo.

Soon Huat-Shevon, yang kini berada di kedudukan keenam dunia, jelas mendominasi perlawanan dan tidak memberi ruang kepada pasangan Singapura yang berada di ranking ke-23 dunia.

ARTIKEL BERKAITAN