Wan Ahmad Farid dilantik Ketua Hakim Negara baharu

KONGSI

PUTRAJAYA – Teka-teki berhubung kekosongan jawatan Ketua Hakim Negara akhirnya terjawab apabila Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dilantik memegang jawatan tertinggi badan kehakiman itu.

Pelantikan beliau diumumkan menerusi kenyataan media Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah, Mahkamah Persekutuan Malaysia, hari ini.

Menurut kenyataan tersebut, majlis penyampaian watikah pelantikan dan istiadat mengangkat serta menandatangani sumpah jawatan dan sumpah setia akan berlangsung pada 28 Julai ini di Istana Negara di hadapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

ARTIKEL BERKAITAN