Kosmetik, suplemen tanpa kelulusan KKM dirampas, nilai cecah RM185,000

KONGSI

KUALA LUMPUR – Pelbagai produk kosmetik dan makanan tambahan tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang disimpan untuk dijual secara dalam talian dirampas dalam satu serbuan di dua kediaman di Segambut, Rabu lalu.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Azmi Abu Kassim berkata, serbuan yang dijalankan itu turut membawa kepada penahanan seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun serta dua wanita warga asing berusia 28 dan 30 tahun.

“Dalam serbuan di kediaman pertama, pasukan polis menemui 1,972 kotak dan 2,551 botol pelbagai produk kosmetik serta makanan tambahan yang tidak mempunyai kelulusan KKM,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN