Wanita tersebut dilaporkan mula menjerit kepada pihak pengurusan dan mengamuk kerana disekat daripada memasuki stadium.
“Pengumuman terlebih awal sudah dimaklumkan, tetapi mereka ambil mudah dan sengaja lambat. Nasib baik ada seorang rakyat tempatan yang ‘sekolahkan’ wanita tersebut supaya berhenti membuat kecoh,” menurut keterangan dalam video berkenaan.
Di ruangan komen, orang ramai meluahkan rasa tidak senang dengan perbuatan wanita tersebut kerana menghalang pihak pengurusan konsert untuk menjalankan tugas.
“Harap tiada yang buang air merata-rata dan tolong jaga kebersihan masing-masing, jangan buat orang lain rasa tidak selesa,” komen @MsStarAnis.
“Kakak baju hijau itu tegur elok-elok sahaja, tapi mereka masih cakap kuat dan tengking balik kakak itu,” komen @Oreocelupairjarang.
“Kakak yang tegur itu sangat berani ya, terima kasih orang baik,” komen @JerielHo. – MYBERITA








