WHO: Gaza menderita tanpa bantuan, kebuluran semakin ‘menggila’

KONGSI

GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa Gaza kini sedang menghadapi kebuluran besar-besaran susulan sekatan berterusan terhadap bantuan kemanusiaan ke wilayah itu.

Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, keadaan di Gaza kini amat kritikal, dengan sebahagian besar penduduk termasuk kanak-kanak menderita kelaparan setiap hari.

“Ramai ibu bapa memberitahu kami, anak-anak mereka tidur dalam kelaparan dan tangisan. Tapak pengagihan makanan kini menjadi lokasi keganasan,” katanya dalam sidang media di Geneva, semalam.

ARTIKEL BERKAITAN