Peguam harap JSJ Bukit Aman bongkar punca kematian Zara Qairina

KOTA KINABALU – Pengambilalihan siasatan kes kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir oleh Pasukan Petugas Khas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman disifatkan sebagai perkembangan positif yang diharap mampu merungkai punca sebenar kematian pelajar berusia 13 tahun itu.

Peguam keluarga Allahyarham, Shahlan Jufri, berkata pihaknya percaya siasatan rapi oleh pasukan khas tersebut dapat membuktikan sama ada wujud unsur jenayah yang menyebabkan kematian remaja berkenaan.

“Perkembangan positif ini diharap dapat merungkai isu kematian Zara Qairina, seterusnya membuktikan wujud unsur jenayah yang menjadi punca,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menghantar sembilan pegawai dan anggota JSJ dari Bukit Aman untuk mengambil alih siasatan kes tersebut di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, sebagai komitmen memastikan siasatan dijalankan secara telus dan menyeluruh.

Shahlan bersama dua rakan guamannya, Rizwandean M. Borhan dan Mohd Luqman Syazwan Zabidi, berkata pengambilalihan siasatan itu adalah satu daripada empat permohonan yang dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) melalui surat bertarikh 5 Ogos lalu.

“Dua lagi permohonan telah dilaksanakan, iaitu pemulangan kertas siasatan kepada PDRM dan pembukaan semula siasatan, termasuk penggalian semula kubur Allahyarham bagi membolehkan bedah siasat dilakukan untuk menentukan punca kematian”.

Setakat ini, hanya permohonan untuk mengadakan inkues bagi menentukan sama ada wujud unsur jenayah atau tidak dalam kes ini masih belum dilaksanakan.

Pada Ahad lalu, Shahlan menyatakan inkues perlu diadakan sekiranya keluarga tidak berpuas hati dengan keputusan laporan bedah siasat. Namun, inkues tidak akan diminta sekiranya siasatan berjaya membawa kepada penahanan dan pendakwaan suspek.

Bedah siasat ke atas jenazah Allahyarham Zara Qairina berlangsung selama lapan jam di Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada Ahad, selepas jasadnya digali semula dari Tanah Perkuburan Tanjung Ubi, Mesapol, Sipitang, pada Sabtu petang. Jenazah kemudian dikebumikan semula pada tengah malam hari sama.

BACA JUGA:  Pelajar perempuan maut, rakan parah motosikal langgar lampu isyarat
Danial Firdaus
Danial Firdaus
danialfirdaus@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...