Di Perak, kawasan terjejas ialah Hulu Perak manakala di Terengganu melibatkan Dungun dan Kemaman.
Di Pahang, daerah Cameron Highlands, Lipis, Raub dan Bentong turut dijangka terkesan.
Amaran yang sama turut dikeluarkan bagi beberapa kawasan di Selangor termasuk Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat serta seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Sementara itu, di Sabah, daerah Tawau khususnya Kunak turut berpotensi mengalami ribut petir dan hujan lebat.
MetMalaysia menasihatkan orang ramai supaya berwaspada terhadap perubahan cuaca, mengelakkan aktiviti luar ketika ribut petir dan mematuhi arahan pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan. – MYBERITA








