Suami meraung tengok isteri maut digilis treler, anak cedera

KLANG – Suasana pilu menyelubungi Jalan Pelabuhan Barat apabila seorang lelaki meraung kesedihan selepas isterinya maut digilis treler dalam kemalangan berhampiran arah Pulau Indah menghala ke Klang, pada Rabu.

Rakaman insiden berdurasi beberapa minit yang tular di media sosial itu memperlihatkan mangsa cuba melindungi anak perempuannya sebelum terjatuh bersama motosikal dinaiki tiga beranak tersebut dan suami mangsa yang cemas kemudian dilihat berusaha menarik jasad isterinya selepas tragedi itu berlaku.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Ramli Kasa berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1.20 tengah hari melibatkan sebuah motosikal jenis SM Sport 110R yang ditunggang suami mangsa berusia 40 tahun, bersama isteri dan anak perempuan mereka berusia 10 tahun.

“Siasatan awal mendapati motosikal terbabit dipercayai cuba menyelit di antara beberapa kenderaan berat sebelum bergesel dengan sebuah treler. Akibatnya, ketiga-tiga mangsa terjatuh ke tengah jalan sebelum si isteri digilis treler di hadapan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Suami yang menunggang motosikal serta anak mereka hanya mengalami kecederaan ringan, manakala pemandu treler tidak cedera,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurutnya, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk proses bedah siasat, manakala suami dan anaknya turut menerima rawatan di hospital sama.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Polis menasihatkan pengguna jalan raya khususnya penunggang motosikal agar lebih berhati-hati, tidak memotong secara berbahaya serta sentiasa fokus demi keselamatan diri dan penumpang,” katanya.

BACA JUGA:  Ibu tuntut keadilan, dakwa Zara Qairina jadi mangsa buli
Hazriena Hamdan
Hazriena Hamdan
hazriena@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...