Isteri Tan Sri Abu Sahid didakwa terima wang haram lebih RM67 juta

KUALA LUMPUR – Noor Azrina Azmi, isteri kepada Pengerusi Eksekutif Maju Holdings Sdn. Bhd., Tan Sri Abu Sahid Mohamed, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan melakukan aktiviti pengubahan wang haram berjumlah lebih RM60 juta.

Noor Azrina Azmi, 48, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rosli Ahmad.

Menurut pertuduhan, Noor Azrina didakwa menerima hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM67,136,588.43 dalam akaun banknya yang berasal daripada akaun milik suaminya.

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara 6 Mac hingga 27 November 2017 di cawangan Bukit Tunku, CIMB Bank Bhd., Kuala Lumpur.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Akram Gharib, menawarkan ikat jamin sebanyak RM500,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan agar tertuduh menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Peguam bela, Abdul Hakeem Aiman, tidak membantah cadangan itu dengan alasan jumlah tersebut munasabah serta mencukupi bagi memastikan kehadiran anak guamnya di mahkamah.

Hakim kemudian membenarkan ikat jamin RM500,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 3 November depan untuk sebutan semula kes.

Sebelum ini, Abu Sahid sendiri mengaku tidak bersalah terhadap empat pertuduhan pecah amanah jenayah melibatkan RM313 juta serta 13 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM139 juta. Semua pertuduhan itu berkaitan projek sambungan Lebuhraya Maju (MEX Extension).

BACA JUGA:  Najib gagal gugur tiga pertuduhan ubah wang haram RM27 juta dana SRC
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...