Noryn Aziz kembali dengan ‘single’ baharu ‘Kaki Kiriku’, umum ‘showcase’ istimewa 19 September

KONGSI

KUALA LUMPUR – Penyanyi jazz tersohor, Noryn Aziz tampil dengan kejutan berganda buat para peminatnya apabila bukan sahaja melancarkan single terbaharu berjudul Kaki Kiriku, malah bakal mengadakan sebuah persembahan eksklusif berjudul This Is Noryn Aziz Showcase pada 19 September 2025 di Auditorium DBKL.

Selepas hampir sedekad tidak merakamkan lagu berentak segar, Noryn yang kali terakhir hadir dengan balada Kertas kini mempertaruhkan Kaki Kiriku, sebuah karya unik ciptaan Reza Salleh bersama Hin Ee Jeng dengan lirik oleh Reza.

Lagu yang diterbitkan Moonshine Productions ini mengetengahkan konsep “Jazz Joget Revival”, gabungan jazz klasik, joget tradisional dan sentuhan Parisian jazz.

ARTIKEL BERKAITAN