Seni tak wajar hukum masa lalu pelakon – Erma Fatima

KUALA LUMPUR – Pengarah dan pelakon tersohor, Erma Fatima tampil menjelaskan pendiriannya berhubung kontroversi pemilihan seorang individu yang didakwa pernah menjadi pelakon lucah untuk membintangi drama terbarunya berjudul Pondan Itu.

Menurut Erma, 57, beliau sama sekali tidak menyedari latar belakang individu terbabit ketika sesi pemilihan pelakon, selain menegaskan prinsipnya bahawa seni tidak seharusnya menghukum masa lalu seseorang.

“Saya tidak tahu tentang latar belakangnya. Ketika ambil pelakon, saya tidak pernah tanya latar belakang mereka. Yang paling penting, saya bukan porn collector,” katanya ketika ditemui.

Karya tersebut bakal ditayangkan di platform Karya Reels Official dan menjadi bualan hangat selepas trailer pendek drama berkenaan tular di media sosial.

Bagaimanapun, Erma berpendapat masyarakat wajar memberi peluang kepada sesiapa sahaja yang mahu berkarya, tanpa prejudis terhadap kisah silam mereka.

“Bagi saya, setiap orang berhak untuk berubah dan membuktikan kemampuan mereka di medan seni. Kalau kita asyik menghukum sejarah lama, sampai bila-bila pun mereka tidak dapat peluang kedua,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, nama Erma menjadi perhatian selepas netizen mendakwa pengarah berpengalaman itu cuba mengetengahkan individu kontroversi sebagai daya tarikan utama karyanya. Namun, Erma menolak dakwaan tersebut dan menegaskan fokusnya hanyalah kepada jalan cerita serta mesej yang ingin disampaikan.

BACA JUGA:  Siti Sairah anggap isu Amad, Shiha sebagai proses pembelajaran
Ashrul Aizad
Ashrul Aizad
ashrulaizad@portalmyberita.com

TRENDING

Minyak hampir habis tak halang pemuda ini jadi wira ‘escort’ ambulans ke hospital

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang penunggang motosikal membantu membuka...

Ibu mengaku salah campak bayi dari tingkat 10

JOHOR BAHRU – Seorang ibu muda mengaku bersalah di...

DUN Johor dibubar, laluan PRN ke-16 bermula

JOHOR BAHRU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor secara rasmi...

Anggrek, Azeva terselamat daripada penyingkiran TTMM2

SHAH ALAM - Konsert minggu ketujuh program realiti hiburan...

Remaja hilang dekat Bukit Changkat Asa ditemui meninggal dunia lepas empat hari SAR

HULU SELANGOR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja...