Ribut petir, hujan lebat dijangka landa lima negeri petang ini

KUALA LUMPUR – Hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang diramal melanda lima negeri termasuk seluruh Pulau Pinang sehingga jam 4 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan, cuaca sama turut dijangka berlaku di Kedah membabitkan daerah Bandar Baharu.

Di Perak, hujan lebat dijangka melanda kawasan Kerian, Larut, Matang dan Selama serta Manjung, manakala di Pahang melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Bentong.

Bagi Sarawak pula, cuaca buruk diramal melibatkan kawasan Sibu (Kanowit) dan Bintulu.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelas METMalaysia.

BACA JUGA:  Dah kahwin tapi minat lelaki, jurutera dan remaja 19 tahun antara ditahan serbuan spa songsang
Hazriena Hamdan
Hazriena Hamdan
hazriena@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...