Polis gesa orang ramai bantu kesan remaja hilang di Bandar Sri Damansara

KONGSI

KUALA LUMPUR – Polis kini sedang mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat di Tiara Apartment, Jalan Damar SD15/6, Bandar Sri Damansara pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan remaja berkenaan pada 14 Oktober lalu kira-kira pukul 4.50 petang.

Remaja terbabit dikenali sebagai Qhalesya Medina Roselaine, mempunyai ketinggian 1.48 meter, berat 48 kilogram, berkulit sawo matang, serta mempunyai hidung mancung dan bibir nipis. Beliau turut difahamkan bertudung semasa kali terakhir dilihat.

ARTIKEL BERKAITAN