Meerqeen perjelas ‘menghilang’ dari media sosial, bukan sebab tawaran Hollywood

KUALA LUMPUR – Pelakon popular, Meerqeen menafikan dakwaan kononnya dia bakal melebarkan sayap ke Hollywood dalam masa terdekat, sebaliknya menjelaskan perkara itu hanyalah gurauan bersama rakan-rakan.

Meerqeen atau nama lengkapnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 24, bagaimanapun tidak menolak sekiranya peluang sebenar ke industri perfileman gergasi itu datang suatu hari nanti.

“Mana ada saya nak pergi Hollywood, siapa cakap? Yang telefon saya itu Fazziq dan cuma gurauan dengan kawan-kawan.

“Tapi kalau ada rezeki sudah pasti saya akan pergi. Itu impian semua pelakon, kalau ada insha-Allah. Buat masa sekarang itu hanyalah gurauan,” katanya ketika ditemui pada tayangan perdana filem Klepet semalam.

Menurutnya, keputusannya ‘menghilang’ daripada media sosial sejak kebelakangan ini turut disalah tafsir sehingga timbul spekulasi bahawa dia menerima tawaran berlakon di luar negara.

Jelasnya, tindakan itu adalah sebahagian daripada strategi persediaan untuk projek lakonan terbaharunya, bukannya kerana mahu menjauhkan diri daripada peminat.

“Untuk persiapan filem seterusnya, banyak yang saya tengah ‘prep’ sekarang tapi bukan Hollywood.

“Saya diam dan tak berkongsi dalam media sosial bukan sebab saya mahu menjauhkan diri. Cuma saya nak orang nampak perubahan diri saya sewaktu memainkan watak untuk projek seterusnya. Saya nak bagi kejutan untuk peminat saya,” ujarnya.

Terdahulu, aktor berkenaan pernah menyuarakan keinginan membina nama di Hollywood selepas menembusi pasaran Indonesia, sekali gus menguatkan spekulasi mengenai perancangannya ke sana.

Dalam perkembangan lain, Meerqeen membintangi filem Klepet yang akan ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 27 November depan. Filem itu turut menerima sokongan Dana Kandungan Digital (DKD) daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Selain Meerqeen, Klepet turut menampilkan barisan pelakon seperti Aedy Ashraf, Nadhir Nasar, Aeril Zafrel, Joey Daud dan Eric Fuzi.

BACA JUGA:  Azhan Rani tegur sikap pelakon datang lewat, yang 'senior' pun tak terkecuali...
Izzat Shariff
Izzat Shariff
izzatshariff@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...