Fazziq Muqris sah bergelar suami kepada Sharifah Areeqa dengan sekali lafaz

KUALA LUMPUR – Penyampai radio ERA FM, Fazziq Muqris selamat melangsungkan pernikahan dengan pilihan hatinya, Sharifah Areeqa pada pagi Sabtu.

Berita gembira itu dimaklumkan menerusi hantaran di akaun rasmi Instagram ERA yang berkongsi sebuah video memaparkan detik indah akad nikah pasangan berkenaan.

Menerusi video tersebut, Fazziq tampil segak mengenakan baju melayu serba putih, manakala Sharifah Areeqa anggun dalam gaun berwarna perak (silver) yang menyerlahkan seri pengantin.

Peminat dan rakan selebriti turut membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah dan doa agar rumah tangga pasangan itu kekal bahagia hingga ke akhirnya.

Untuk rekod, Fazziq sebelum ini berkongsi bahawa beliau dan Areeqa telah mengikat tali pertunangan sejak setahun lalu sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga tahun ini.

BACA JUGA:  Pemain ‘keyboard’ Teh Tarik Senja, Addin Mikhail meninggal dunia
Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...