Menerusi hantaran di aplikasi Facebook, Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima mengadap Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad, bersama Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Nasri Ali.
Dalam sesi mengadap tersebut, Datuk Yahya mempersembahkan usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh JAINJ dalam membanteras ajaran sesat di negeri ini. JAINJ mengambil pelbagai langkah proaktif bagi membendung penularan ajaran sesat, termasuk memantau cubaan menyebarkan ajaran tersebut, terutamanya daripada pihak luar Johor.
Seri Paduka Baginda turut menzahirkan nasihat supaya umat Islam sentiasa meningkatkan ilmu agama, memperkukuh kefahaman, serta mengamalkan nilai-nilai Islam yang sebenar dalam kehidupan seharian. – MYBERITA








