Angka korban meningkat lebih 44 orang, 280 masih hilang

KONGSI

HONG KONG – Angka korban tragedi kebakaran yang dianggap paling buruk di Hong Kong dalam tempoh tiga dekad meningkat kepada lebih 44 orang, manakala sekitar 280 lagi dilaporkan hilang selepas beberapa menara kediaman tinggi di kejiranan Tai Po musnah dijilat api, semalam.

Kebakaran besar itu dipercayai bermula pada bahagian perancah buluh yang meliputi bangunan terbabit sebelum marak dengan cepat, dipercepatkan oleh jaring pembinaan hijau yang menutupi struktur berkenaan.

Menurut pihak berkuasa, api dan asap tebal terus menyelubungi deretan menara setinggi 32 tingkat, menyebabkan ramai penghuni terperangkap dan menyukarkan usaha menyelamat.

ARTIKEL BERKAITAN