“Jauh bah dia pigi belajar, tapi kami doa hari-hari”, ibu sebak tengok anak berjaya genggam ijazah

KONGSI

GEORGE TOWN – Kegembiraan jelas terpancar pada wajah seorang graduan Universiti Sains Malaysia (USM) apabila menerima ijazah pada Upacara Konvokesyen ke-63 hari ini lebih bermakna apabila keluarganya sanggup terbang jauh dari Sabah demi meraikan detik istimewa itu.

Graduan tersebut, yang menamatkan pengajian dalam bidang farmasi, meluahkan rasa syukur kerana berjaya menamatkan pengajian dalam tempoh empat tahun meskipun mengakui perjalanan itu penuh cabaran.

“Sangat bersyukur dapat grad on time. Empat tahun belajar di sini, jauh dari sahabat. Degree memang sangat mencabar, tapi saya yakin kamu semua pun akan dapat grad juga,” katanya ketika ditemui MYBERITA, pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN