Remaja tingkatan dua mengaku salah, buat seks luar tabii terhadap anak asuhan ibu

KONGSI

SERI ISKANDAR – Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap anak asuhan ibunya yang berusia lapan tahun, dua minggu lalu.

Pengakuan itu dibuat selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Nurul Izalina Rajaai.

Mengikut pertuduhan, pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah di Seri Iskandar itu didakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap seorang kanak-kanak lelaki. Perbuatan itu berlaku di sebuah rumah di Iskandar Perdana pada pukul 11 pagi, 14 November 2025.

ARTIKEL BERKAITAN