Peguam 86 tahun terima PhD belum sedia ‘clock out’ berkhidmat

KONGSI

GEORGE TOWN – Pada usia 86 tahun ketika kebanyakan insan seusianya memilih untuk berehat, Datuk Dr G. Rethinasamy terus membuktikan bahawa ilmu dan khidmat bakti tidak pernah mengenal batas usia.

Beliau bukan sahaja masih aktif sebagai peguam, malah tampil mencipta sejarah peribadi apabila berjaya menamatkan pengajian Doktor Falsafah (PhD) sempena Sidang 2, Upacara Konvokesyen ke-63 Universiti Sains Malaysia (USM), pada Rabu.

Dedikasinya membantu masyarakat, khususnya golongan berpendapatan rendah, menjadikan beliau figura istimewa dalam dunia guaman dan pembangunan komuniti di Pulau Pinang.

ARTIKEL BERKAITAN