Sukan SEA 2025: Harapan Aaron Chia–Soh Wooi Yik tuai emas untuk Malaysia

KONGSI

BANGKOK – Hasrat untuk menyaksikan pertembungan sesama sendiri di pentas final acara beregu lelaki pada Sukan SEA Thailand 2025 tidak kesampaian apabila hanya beregu utama negara, Aaron Chia–Soh Wooi Yik, yang mara ke perlawanan akhir.

Perlawanan separuh akhir yang berlangsung di Gimnasium Universiti Thammasat, Rangsit, menyaksikan Aaron–Wooi Yik mempamerkan persembahan cemerlang dengan menewaskan gandingan Indonesia, Leo Rolly Carnando–Bagas Maulana, dalam dua set terus 21-10, 21-12 hanya dalam masa 33 minit.

Namun, impian untuk memastikan pingat emas sah milik Malaysia tidak menjadi kenyataan apabila gandingan kedua negara, Man Wei Chong–Tee Kai Wun, tewas di separuh akhir kepada satu lagi wakil Indonesia, Sabar Karyaman Gutama–Moh Reza Pahlevi Isfahani, dengan keputusan 16-21, 17-21.

ARTIKEL BERKAITAN