Penunggang motosikal melambung ke parit lepas bertembung MPV

KUALA SELANGOR – Seorang penunggang motosikal dilaporkan melambung beberapa meter ke udara selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Rizab Zazuli, Bukit Hijau, di sini.

Detik ngeri itu berjaya dirakam melalui kamera televisyen litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian dan tular di media sosial melalui video berdurasi 22 saat.

Dalam rakaman berkenaan, MPV terbabit dilihat membelok ke kanan sebelum secara tiba-tiba bertembung dengan motosikal yang datang dari arah bertentangan. Penunggang motosikal kemudian tercampak ke dalam larit di bahu jalan.

Setakat ini, keadaan mangsa yang terlibat masih belum dapat dipastikan.

Kejadian itu turut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, khususnya berhubung cara pemanduan kedua-dua pihak di jalan kampung. Seorang pengguna Facebook, Arief Idzhar, menyifatkan kedua-dua mereka mempunyai kesalahan.

“Rider jalan kampung tak boleh buat macam kat highway, slow-slow kawasan kampung. Driver pula tak tengok keadaan di depan dan tidak beri signal sebelum masuk simpang,” jelas beliau.

Kejadian ini menjadi peringatan bahawa pengguna jalan raya perlu sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan bagi mengelak kemalangan, terutamanya di kawasan kampung yang sering mempunyai laluan sempit dan berliku.

BACA JUGA:  Monyet liar cuba bawa lari bayi gagal sebab berat
Raihan Hazizi
Raihan Hazizi
raihanhazizi@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...