Sukan SEA 2025: Impian skuad B-23 Malaysia musnah, tewas 0-1 kepada tuan rumah

KONGSI

BANGKOK – Impian skuad bawah 23 (B-23) Malaysia untuk mencipta kejutan mara ke pentas final bola sepak Sukan SEA 2025 berkecai selepas tewas 0-1 kepada tuan rumah Thailand di Stadium Nasional Rajamangala, sebentar tadi.

Gol tunggal kemenangan Thailand dijaringkan Yotsakon Burapha pada minit kelapan hasil sepakan percuma menarik dari jarak 25 meter, membuka laluan kepada pasukan tuan rumah untuk mengawal permainan.

Malaysia berdepan cabaran lebih besar apabila Aiman Yusof Muhammad Nabil dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-15 selepas mengasari pemain Thailand, menyebabkan pasukan Nafuzi Zain terpaksa beraksi dengan 10 pemain.

ARTIKEL BERKAITAN