Kanak-kanak dua tahun meninggal akibat jantung penderma rosak

ROM – Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun di Itali, Domenico, meninggal dunia pada Sabtu akibat komplikasi selepas menerima jantung penderma yang rosak, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Agensi berita ANSA memetik kata-kata ibunya yang menangis ketika meninggalkan hospital di Naples.

“Dia sudah tiada.” kata ibu kepada kanak-kanak itu selain turut merancang menubuhkan sebuah yayasan bagi memperingati anaknya.

Menurut pihak hospital, Domenico meninggal dunia di unit rawatan rapi akibat kemerosotan keadaan klinikalnya yang berlaku secara tiba-tiba dan tidak dapat dipulihkan. Kes ini menarik perhatian meluas di Itali kerana melibatkan kesilapan semasa proses pembedahan.

Jantung penderma akhirnya ditemui selepas sekian lama menunggu, menjelang sambutan Krismas, namun organ tersebut tidak disejukkan dengan betul semasa penghantaran, sekali gus mengakibatkan kerosakan teruk.

Pada Rabu, doktor memutuskan pemindahan baharu adalah sia-sia memandangkan organ lain termasuk buah pinggang tidak lagi berfungsi dengan baik. Pihak hospital menyatakan seluruh pasukan perubatan bersimpati dan berdiri teguh di samping keluarga dalam saat kesedihan yang amat memeritkan ini.

Pada awal pagi Sabtu, keadaan Domenico merosot dengan pantas. Kardinal Domenico Battaglia, Ketua Biskop Naples, sempat memberikan upacara terakhir sebelum kanak-kanak itu meninggal dunia.

Domenico telah dimasukkan ke hospital selama hampir dua bulan, sebahagian besarnya berada dalam keadaan koma dan bergantung sepenuhnya kepada mesin sokongan hayat sementara menunggu jantung penderma lain. Walaupun terdapat harapan awal, doktor akhirnya merumuskan pembedahan ulangan tidak akan berjaya, dan namanya dikeluarkan daripada senarai menunggu pemindahan jantung.

BACA JUGA:  Kenal dalam ‘app’, pelajar IPT & penjawat awam tular 'projek' bebas jaminan polis
Deepa
Deepa
deepa@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...