“Family diminta standby…” Amyza rayu satu Malaysia doakan anaknya

KUALA LUMPUR – Pelakon, Amyza Aznan merayu doa dan bantuan orang ramai apabila memaklumkan anaknya, Andre Mikhail kini berada dalam keadaan kritikal di hospital.

Menerusi perkongsian di media sosial, Amyza memohon agar rakyat Malaysia mendoakan kesihatan anaknya selain meminta bantuan mana-mana individu yang mempunyai kepakaran perubatan alternatif.

“Assalamualaikum kepada seluruh rakyat Malaysia. Saya ibu kepada Andre Mikhail, sekarang berada di hospital. Tolong doakan anak saya. Kepada sesiapa yang pandai, tolong ikhtiarkan dengan mungkin apa saja perubatan, tolong.

“Tolong saya, tolong. Sesiapa yang pandai perubatan alternatif ke jarak jauh ke apa ke, saya perlu bantuan anda sekarang.

“Doktor suruh family standby. Ya Allah tolonglah kepada sesiapa yang bijak pandai hebat dalam bidang selain hospital. Tolong saya malam ini,” luahnya.

Sebelum ini, media melaporkan anak kepada pelakon berkenaan mengalami masalah kesihatan serius apabila paru-paru kanannya dilaporkan ‘collapse’ dan saiz tumor semakin membesar.

Perkongsian tersebut mengundang sebak dalam kalangan peminat dan rakan artis yang rata-rata menitipkan doa serta kata-kata semangat agar Andre diberikan kesembuhan.

BACA JUGA:  Hafiz Suip sah bergelar suami kepada Fiona Saffiyya
Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...