Rambut ‘blond ala mat salleh’, anak Siti Saleha curi perhatian ramai

KUALA LUMPUR – Pelakon popular, Siti Saleha sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila berkongsi momen manis bersama anaknya menerusi hantaran terbaharu di media sosial.

Dalam perkongsian tersebut, aktres berusia 35 tahun itu memuat naik beberapa keping gambar yang memperlihatkan wajah si kecilnya, lengkap dengan rambut perang keemasan atau ‘blond’.

Pelakon itu turut memperkenalkan panggilan manja untuk putera kesayangannya, Indy.

“Assalamualaikum. Indra ucapkan selamat berpuasa kepada semua. Tapi Indy tak puasa tau,” tulisnya di ruang kapsyen Instagram.

Rata-rata pengikut membanjiri ruangan komen dengan pujian terhadap kecomelan si kecil dan rambut blondnya yang unik, malah ada yang berjenaka mengatakan bayi itu kelihatan seperti anak mat salleh kecil.

Terdahulu, Siti Saleha dan suami menimang cahaya mata lelaki yang diberi nama Indra Mateen Fitton. Sejak kelahiran itu, setiap perkongsian berkaitan kehidupan baharu mereka sebagai ibu bapa sentiasa menjadi tumpuan peminat.

BACA JUGA:  Vida luah rasa syukur bila anak tidak melatah dikecam ‘tomboy’
Syahirah Zakaria
Syahirah Zakaria
syahirahzakaria@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...