Penuntut IPT didakwa dua pertuduhan pijak al-Quran hari ini

KONGSI

KUALA LUMPUR – Seorang penuntut sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) yang tular kerana memijak al-Quran akan didakwa atas dua pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuantan, hari ini.

Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam satu kenyataan memaklumkan, pertuduhan terhadap pemuda berkenaan akan dibuat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Menurut AGC, keputusan itu dibuat selepas meneliti kertas siasatan yang dikemukakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan mendapati terdapat keterangan mencukupi untuk meneruskan pendakwaan.

ARTIKEL BERKAITAN