Shahida dedah Yusoff hidap ADHD, disleksia

KONGSI

KUALA LUMPUR – Isteri kepada usahawan kosmetik terkenal, Aliff Syukri iaitu Shahida Mohd Rashid mendedahkan anak keempat mereka, Yusoff Al Qardawi disahkan menghidap Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) serta masalah pembelajaran spesifik seperti Disleksia.

Shahida, 41, berkata, dia mula menyedari kelainan pada tingkah laku Yusoff sejak anaknya itu berusia sekitar setahun apabila terlalu aktif berbanding kanak-kanak lain.

Menurutnya, dua lagi anak mereka sebelum ini iaitu Qadejah El Zahra dan Ibraheem Adham juga pernah disahkan menghidap disleksia dan pernah mengikuti persekolahan di sekolah khas selama kira-kira enam bulan sebelum dipindahkan ke sekolah biasa selepas keadaan mereka bertambah baik.

ARTIKEL BERKAITAN