Menurutnya, trend tersebut bukan sahaja dilakukan oleh golongan muda, malah turut melibatkan individu lebih berusia sehingga menimbulkan kebimbangan terhadap nilai kesopanan dalam budaya menyambut Hari Raya.
“Jangan dibuat lagi tahun ini trend ambil duit raya berjoget-joget. Tua muda jadi hilang sopan dan sifat malu,” tulisnya.
Dalam masa sama, beliau menegaskan pemberian duit raya sepatutnya disambut dengan penuh adab dan rasa hormat, selaras dengan nilai murni yang diamalkan dalam masyarakat.
Sehubungan itu, beliau menyarankan orang ramai kembali mengamalkan adab yang betul ketika menerima pemberian daripada orang lain.
Antara amalan yang ditekankan ialah memulakan dengan memberi salam sebagai tanda hormat, mengucapkan terima kasih sebagai tanda penghargaan, serta menanam rasa syukur atas rezeki yang dikurniakan Allah SWT.
Tambahnya, dengan mengamalkan adab tersebut, kemuliaan sambutan Hari Raya dapat dipelihara selain mengelakkan perbuatan yang melampaui batas kesopanan. -MYBERITA – MYBERITA








