Isu poligami, Umisya Mazlan tampil jawab dakwaan dan fitnah

KONGSI

KUALA LUMPUR – Pempengaruh media sosial, Umisya Mazlan akhirnya tampil bersuara selepas namanya terus diperkatakan susulan isu perkahwinan suaminya, Ahmad Aslam bersama madunya, Marissa Dania.

Menerusi satu hantaran di Threads, Umisya berkata, dia pada awalnya memilih untuk tidak mencampuri urusan tersebut, namun terpaksa tampil memberikan penjelasan berikutan pelbagai dakwaan dan fitnah yang dilemparkan terhadap dirinya.

Menurutnya, dia telah berusaha sedaya upaya untuk menghalang perkahwinan antara Aslam dan Marissa daripada berlaku, termasuk cuba memutuskan hubungan mereka bagi mengelakkan perkara tidak diingini.

ARTIKEL BERKAITAN