Namun, mereka sekeluarga reda dengan ujian tersebut dan percaya rezeki lain bakal datang selepas insiden itu.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah wang raya bernilai RM30 yang terselamat daripada kebakaran kerana disimpan dalam sebuah beg tangan jenama lokal, Christy Ng.
Beg tangan berwarna hitam jenis Iggy Baguette itu milik sepupunya, Ain, dan hanya mengalami kerosakan sedikit sahaja.
“Rumah total lost sebab litar pintas. Yang selamatnya RM30 sebab simpan dalam beg Christy Ng,” katanya
Perkongsian itu menarik perhatian ramai di media sosial yang memuji kualiti beg tangan jenama Christy Ng. Ramai menegaskan ia seperti “review sebenar” bagi jenama lokal tersebut kerana mampu melindungi wang raya daripada kebakaran.
Pemilik jenama, Christy Ng, turut mengucapkan takziah dan meminta keluarga berkenaan menghubungi pihaknya untuk tindakan lanjut.
Kejadian ini sekaligus menekankan pentingnya ketahanan material barang peribadi serta menimbulkan rasa kagum ramai terhadap ketahanan beg tempatan dalam situasi luar jangka. -MYBERITA – MYBERITA








