“Aku tak nak susahkan orang”, Azar Azmi sebak terima panggilan video Janna Nick

KUALA LUMPUR – Pelakon Azar Azmi mencuri perhatian ramai apabila tidak dapat menahan sebak selepas menerima panggilan daripada rakan industrinya, Janna Nick ketika sedang bersiaran langsung di TikTok bersama usahawan terkenal, Aliff Syukri.

Menerusi perkongsian siaran langsung yang tular di Threads, Azar dilihat mengalirkan air mata sebaik sahaja mendengar suara Janna, sekali gus menyentuh hati penonton.

Dalam perbualan tersebut, Janna bertanya mengapa Azar tidak menghubunginya ketika berdepan isu penipuan sebelum ini. Azar menjelaskan bahawa dia tidak mahu membebankan orang lain dengan masalah peribadinya.

“Aku tak nak susahkan orang,” katanya dalam keadaan sebak.

Janna dalam masa sama mendedahkan bahawa dia tidak mengetahui situasi sebenar yang menimpa rakannya itu kerana mereka telah lama terputus hubungan.

“Saya tak tahu apa kejadian sebenarnya dan Azar tak hubungi saya selepas ia terjadi. Saya tak mahu ‘pressure’ Azar,” katanya.

Selain itu, Janna turut berpandangan bahawa bukan masa yang sesuai untuk Azar muncul dalam siaran langsung tersebut memandangkan keadaan yang sedang dilaluinya.

“Saya rasa bukan masa yang sesuai untuk Azar muncul dalam live dan saya rasa datuk patut beri ruang pada Azar,” ujarnya.

Bagaimanapun, Azar tampil menjelaskan bahawa kehadirannya dalam siaran langsung bersama Aliff bukan dirancang dan tidak mempunyai sebarang niat lain, sebaliknya sebagai satu peluang rezeki setelah kehilangan punca pendapatan.

“Benda ini tak dirancang. Aku tiada punca pendapatan. Tak sangka rezeki datang. Semua orang tahu datuk buat live punca rezeki, tapi aku tak sangka dia nak kongsi rezeki dengan aku,” jelasnya.

Perkongsian tersebut meraih pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata meluahkan rasa simpati terhadap nasib Azar selain memberikan kata-kata semangat agar beliau terus tabah menghadapi dugaan.

BACA JUGA:  Lelaki ditahan kes kelakuan tak senonoh semasa seminar SPM

Terdahulu, Janna pernah mendedahkan mengenai seorang rakan artis yang didakwa terlibat dengan isu penipuan selepas dilaporkan menghilangkan diri secara tiba-tiba.

Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...