“Saya hilang kawalan kaki sebelum terjatuh. Ia menyebabkan tulang pinggul dan sendi patah, selain kepala turut tercedera,” katanya menerusi satu perkongsian video di Instagram.
Tambah beliau, kesakitan dialami ketika itu sangat kuat dan mengambil beberapa hari untuk reda.
Kini, selepas hampir tiga bulan menjalani proses pemulihan, beliau memaklumkan sudah boleh berdiri, namun masih tidak dapat mengawal pergerakan kaki dengan baik.
“Saya boleh berdiri sekarang, tetapi saya tidak dapat mengawal kaki. Seolah-olah saya tidak mempunyai kaki,” ujarnya.
Terdahulu, beliau dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada 6 Januari lalu susulan insiden tersebut.
Menurut doktor, faktor usia menyebabkan pembedahan tidak sesuai dilakukan, dan beliau kini menjalani rawatan fisioterapi bagi membantu proses pemulihan.
Untuk rekod, Tun Dr Mahathir telah menyambut ulang tahun kelahiran ke-100 pada 10 Julai 2025.
– MYBERITA








