”Saya tak pernah dapat hadiah macam ni”, Viviana menangis Cik B hadiahkan iPad sempena ‘birthday’

KONGSI

KUALA LUMPUR – Hubungan persahabatan yang tulus sememangnya tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Namun, apabila seorang sahabat sanggup berbelanja besar demi menghargai seseorang yang disayangi, ia pastinya menjadi detik yang cukup bermakna dan menyentuh hati. Itulah yang dirasai oleh penyanyi muda, Viviana Abdullah, apabila menerima hadiah istimewa daripada sahabat baiknya, Cik B, sempena sambutan ulang tahunnya baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di media sosial, Viviana dilihat sebak dan terharu selepas menerima sebuah iPad daripada anak kepada usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida itu.

Menurut Viviana, dia tidak pernah menyangka akan menerima hadiah semahal itu daripada rakannya sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN