Lapan penerbangan Batik Air KL-Jakarta kekal dibatalkan akibat aktiviti Anak Krakatau

Lapan penerbangan Batik Air KL-Jakarta kekal dibatalkan akibat aktiviti Anak Krakatau
Pembatalan itu melibatkan empat penerbangan dari Malaysia ke Jakarta serta empat penerbangan dari Jakarta ke Kuala Lumpur dan Subang yang dijadualkan beroperasi antara jam 6.45 pagi hingga 5.50 petang. - Foto Ilustrasi
KONGSI

KUALA LUMPUR – Gangguan perjalanan antara Malaysia dan Indonesia berterusan apabila lapan penerbangan Batik Air yang menghubungkan Kuala Lumpur, Subang dan Jakarta dibatalkan hari ini susulan aktiviti gunung berapi Anak Krakatau yang masih berterusan.

Pembatalan itu melibatkan empat penerbangan dari Malaysia ke Jakarta serta empat penerbangan dari Jakarta ke Kuala Lumpur dan Subang yang dijadualkan beroperasi antara jam 6.45 pagi hingga 5.50 petang.

Batik Air dalam kenyataan hari ini berkata, keputusan meneruskan pembatalan penerbangan dibuat berdasarkan penilaian operasi terkini serta penyelarasan berterusan bersama pihak berkuasa penerbangan dan pengendali lapangan terbang berkaitan.

ARTIKEL BERKAITAN