Khamis | 08/10/2026 | 8:55:07 am
HomeJenayahAduan etika media ada saluran, jangan bertindak melampau - Fahmi

Aduan etika media ada saluran, jangan bertindak melampau – Fahmi

SHAH ALAM – Ketidakpuasan hati terhadap laporan atau tajuk berita tidak seharusnya diterjemahkan melalui tindakan yang boleh menjejaskan integriti industri media, sebaliknya orang ramai mempunyai saluran rasmi untuk mengemukakan aduan.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, sebarang teguran membabitkan etika pelaporan media tempatan boleh dikemukakan kepada Majlis Media Malaysia (MMM) menerusi mekanisme aduan yang disediakan.

“Sekiranya dari aspek pelaporan oleh media itu sendiri, saya sarankan orang ramai sekiranya ada tajuk berita ataupun apa-apa perkara yang ingin ditegur kepada pihak media, mekanismenya adalah saluran aduan rasmi melalui Majlis Media Malaysia.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Khamis, 8 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|