Khamis | 08/10/2026 | 8:34:19 am
HomeDuniaPutera Mahkota Bahrain tiba di Malaysia sempena F1 di Sepang

Putera Mahkota Bahrain tiba di Malaysia sempena F1 di Sepang

SEPANG – Kehadiran Putera Mahkota Bahrain, Putera Salman bin Hamad Al Khalifa ke Malaysia hari ini mencuri perhatian sempena penganjuran Formula 1 (F1) Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Pesawat khas yang membawa Putera Salman, yang juga Perdana Menteri Bahrain, mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada kira-kira pukul 12 tengah hari.

Ketibaan baginda disambut Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Sultan Ibrahim; Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Al-Haj Sultan Ibrahim serta Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Al-Haj Sultan Ibrahim.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Khamis, 8 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|