Khamis | 08/10/2026 | 9:43:46 am
HomeNasionalNegeriHujan lebat cetus banjir kilat, 27 rumah terjejas di Kubang Pasu

Hujan lebat cetus banjir kilat, 27 rumah terjejas di Kubang Pasu

ALOR SETAR – Hujan lebat berterusan sejak semalam menyebabkan 27 rumah di empat kampung sekitar daerah ini terjejas akibat banjir kilat, namun keadaan dilaporkan semakin pulih apabila paras air mula menurun.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu, Kapten (PA) Mohd Adenin Suhaimi berkata, tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat ini berikutan trend paras air yang semakin surut di semua lokasi terjejas.

Katanya, kejadian yang berlaku sekitar jam 5 petang semalam itu melibatkan Mukim Naga, Laka dan Temin dengan 13 lokasi terjejas.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Khamis, 8 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|