Selasa | 06/10/2026 | 8:41:35 am
HomeDuniaMALBATT mula tinggalkan Lubnan secara berperingkat mulai Januari

MALBATT mula tinggalkan Lubnan secara berperingkat mulai Januari

KOTA TINGGI – Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) yang terlibat dalam misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) akan mula meninggalkan negara itu secara berperingkat mulai Januari depan selepas mandat misi berkenaan berakhir pada hujung Disember ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, proses pengunduran anggota akan dilaksanakan menerusi beberapa penerbangan, manakala aset serta barangan pasukan akan dibawa pulang menggunakan kapal bermula 17 Januari depan.

Beliau berkata, penglibatan MALBATT selama dua dekad bukan sahaja menyumbang kepada usaha mengekalkan keamanan, malah memberi peluang kepada anggota tentera Malaysia mendekati dan membantu masyarakat Lubnan di kawasan pengawasan.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Selasa, 6 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|