KUALA LUMPUR - Orang ramai masih boleh menggunakan aplikasi navigasi Waze kerana larangan yang diumumkan kerajaan hanya melibatkan penjawat awam ketika menjalankan urusan rasmi kerajaan.
GEORGE TOWN - Dua rakan maut selepas motosikal dinaiki mereka dipercayai dirempuh sebuah kenderaan dari arah belakang di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, berhampiran susur ke Jambatan Pulau Pinang, awal pagi Khamis.
LANGKAWI - Timbalan Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Samsulmuddin Sulaiman, meninggal dunia pada usia 52 tahun di Hospital Sultanah Maliha, di sini, pada 3.21 pagi Khamis selepas beberapa hari menerima rawatan akibat kegagalan pernafasan.
KUALA LUMPUR - Isu rakyat Malaysia yang masih belum dapat dihubungi susulan banjir kilat di Nepal, keberkesanan transformasi digital kerajaan serta ketepatan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) antara perkara yang dijadual dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
SUBANG - Kejayaan meraih dua pingat emas pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 menyuntik keyakinan Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) untuk memburu sekurang-kurangnya enam emas pada Sukan SEA 2027 di tanah air.
SEPANG - Mampu menjual sehingga 100 biji burger sehari, seorang usahawan Orang Kurang Upaya (OKU) pembelajaran membuktikan kesungguhan mampu membuka peluang untuk berjaya dalam perniagaan.
KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh memohon orang ramai menghentikan sumbangan wang ke akaun bank miliknya selepas menerima hampir RM45,102.18 setakat ini.
KUALA LUMPUR - Bursa Malaysia kembali menembusi paras 1,600 mata ketika ditutup hari ini, disokong aktiviti pembelian saham pada harga rendah secara terpilih, meskipun sentimen pasaran kekal berhati-hati berikutan tekanan jualan pelabur asing.
KUALA LUMPUR - Tidak mahu dibebani perkara negatif di media sosial, pelakon Fadlan Hazim, 34, mengambil keputusan memadam akaun Threads bagi menjaga kesihatan mentalnya.
SUNGAI BULOH - Seramai 133 individu disyaki positif dadah ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam Ops Perdana di enam daerah di Selangor sejak Isnin lalu hingga hari ini, dengan syabu mencatatkan jumlah tertinggi.