Bintang ‘Top Gun’ dan ‘The Doors’, Val Kilmer menghembus nafas terakhir

KONGSI

LOS ANGELES – Aktor Hollywood terkenal, Val Kilmer, yang popular menerusi filem Top Gun dan Batman Forever, meninggal dunia pada usia 65 tahun akibat pneumonia, menurut laporan yang memetik pengesahan anak perempuannya, Mercedes Kilmer, lapor The New York Times.

Kilmer merupakan antara pelakon utama Hollywood pada era 1990-an sebelum kerjayanya merudum akibat pertelingkahan dengan pengarah dan pelakon lain serta kegagalan beberapa filem lakonannya. Beliau dikenali sebagai individu yang tegas, mementingkan kesempurnaan, dan kadangkala egoistik.

Kerjaya Kilmer bermula dengan filem Top Secret! (1984) sebelum membintangi filem komedi Real Genius (1985). Namanya melonjak selepas membawakan watak Tom \’Iceman\’ Kazansky dalam filem Top Gun (1986) bersama Tom Cruise, dan sekali lagi muncul dalam sekuel Top Gun: Maverick (2022).

ARTIKEL BERKAITAN