Guru maut nahas bertembung lori

KUANTAN – Seorang guru wanita maut selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori muatan sawit dalam kemalangan di Kilometer 104, Jalan Kuantan-Segamat berhampiran Ladang Teh Dara, Rompin, petang tadi.

Mangsa, Maryam Nabilah Muzammil, 26, yang bertugas di Sekolah Kebangsaan Bukit Serok, Muadzam Shah, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Rompin, Superintendan Sharif Shai Sharif Mandoi berkata, pihaknya menerima laporan berhubung insiden tersebut pada jam 2.30 petang.

“Siasatan awal mendapati kereta mangsa dipandu dari arah Segamat menghala ke Muadzam Shah sebelum dipercayai masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan lori.

“Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Muadzam Shah untuk proses bedah siasat, dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria memaklumkan, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 2.14 petang.

“Anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

BACA JUGA:  IPT boleh pilih kuliah \'online\' sepanjang Sidang Kemuncak ASEAN - KPT
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...