Menara KL ditutup sementara kepada orang ramai bermula Khamis

KUALA LUMPUR – Menara Kuala Lumpur akan ditutup sementara waktu bermula Khamis ini bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan demi menjamin keselamatan serta keselesaan para pengunjung.

Kementerian Komunikasi dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa penutupan itu juga bertujuan memberi ruang kepada pengurusan baharu, LSH Service Master Sdn. Bhd. (LSHSM), menjalankan tugas mereka dengan lancar selepas mengambil alih operasi menara ikonik tersebut bermula 1 April lalu.

\”Tarikh pembukaan semula Menara Kuala Lumpur akan dimaklumkan kepada orang ramai menerusi pelbagai saluran media dari semasa ke semasa,\” menurut kenyataan itu.

Kerajaan turut menegaskan bahawa Menara Kuala Lumpur adalah milik kerajaan dan sebarang operasi selepas 31 Mac 2025 oleh syarikat sebelum ini, Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd. (MKLSB), adalah tidak sah.

\”Susulan itu, Pesuruhjaya Tanah Persekutuan telah mengemukakan dua notis pengosongan kepada pihak MKLSB menerusi surat bertarikh 3 April dan 9 April 2025,\” jelas kenyataan tersebut.

Kementerian turut memaklumkan bahawa semua pengoperasian dan urus niaga yang masih dijalankan oleh MKLSB pada masa ini adalah tanpa sebarang kebenaran daripada kerajaan.

LSHSM kini bertanggungjawab sepenuhnya dalam aspek pengurusan, pengoperasian dan penyelenggaraan Menara Kuala Lumpur.

Orang ramai dinasihatkan untuk mengikuti pengumuman rasmi bagi sebarang perkembangan terkini berkaitan pembukaan semula Menara Kuala Lumpur.

BACA JUGA:  Tun Abdullah Ahmad Badawi meninggal dunia
Nurazmin Afza
Nurazmin Afza
azminafza@portalmyberita.com

TRENDING

DUN Johor dibubar, laluan PRN ke-16 bermula

JOHOR BAHRU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor secara rasmi...

Remaja hilang dekat Bukit Changkat Asa ditemui meninggal dunia lepas empat hari SAR

HULU SELANGOR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja...

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...