Pelajar PSA teroka dunia industri minyak dan gas di Baker Hughes

KONGSI

SHAH ALAM – Seramai 35 pelajar Semester 1 dari pelbagai program Diploma Kejuruteraan bersama 16 pensyarah Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) berpeluang menyertai program lawatan akademik ke syarikat multinasional tenaga, Baker Hughes Malaysia, baru-baru ini.

Lawatan julung kali yang berlangsung di fasiliti Baker Hughes di Jalan Tun Razak ini membuka ruang pembelajaran luar bilik kuliah bagi para peserta, sekali gus memberikan pendedahan langsung terhadap operasi industri minyak dan gas, termasuk budaya kerja dan protokol keselamatan bertaraf antarabangsa yang diamalkan oleh syarikat tersebut.

Pengarah Program, Lee Yong Yong berkata lawatan ini menyokong objektif pengajaran dan pembelajaran bagi kursus DUE10062: Technical English 1, serta menjadi platform praktikal untuk pelajar mempertingkat kemahiran komunikasi dalam bahasa Inggeris, khususnya dalam konteks profesional sebenar.

ARTIKEL BERKAITAN